? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13 : Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Definisi Kerangka Operasional Kajian

  • Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya mendefinisikan tajuk kajian.
  • Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih perkataan dan berikan definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan kamus.
Definisi Kerangka Konseptual
  • Dalam kerangka konseptual, hal utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah yang penting.
  • Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah.
  • Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.
Definisi Teoritikal Kajian
  • Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.
  • Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.
Kepentingan Kerangka Teoritikal
  • Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.
  • Penyelidik harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.
  • Perkara yang harus diberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi. Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:
i. Membantu penyelidik mengenalpasti topik yang hendak dikaji.
ii. Panduan mencari kajian-kajian lepas.
iii. Memilih aspek yang difokus.
iv. Merapatkan jurang antara meklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
v. Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.

Definisi Operasional

Definisi operasional yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Powerpoint
Dalam kajian ini, powerpoint merujuk kepada alat bantu mengajar yang digunakan semasa proses P&P bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari tentang alatan pertukangan. Teknologi yang digunakan ini memaparkan gambar-gambar statik dan arahan kepada pelajar tentang penggunaan alatan pertukangan.

ii. Tayangan video
Penggunaan tayangan video dalam kajian ini merupakan teknologi yang digunakan dalam P&P untuk memberikan gambaran yang sebenar kepada pelajar mengenai penggunaan alatan pertukangan. Melalui tayangan video ini guru tidak perlu melakukan demonstrasi secara realiti. Tayangan video ini boleh diulang tayang kepada pelajar sekiranya pelajar tidak faham apa yang ditayangkan oleh guru.

iii. Pelajar masalah pembelajaran
Pelajar bermasalah pembelajaran dalam kajian ini merupakan golongan pelajar yang mengalami kekurangupayaan yang menyebabkan mereka menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran mereka sama ada berbetuk akademik mahupun bukan akademik. Pelajar ini terdiri daripada pelajar down sindrom, autisma, hiperaktif, serebral palsy, disleksia dan lain-lain. Mereka menghadapi masalah dalam kemahiran pengurusan diri, manipulatif, kognitif, kelemahan dari aspek sosial dan komunikasi.

iv. Alatan pertukangan
Alatan pertukangan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah alat-alat yang digunakan untuk kerja-kerja pertukangan. Antara alat-alat yang dimaksudkan ialah tukul, gergaji, paku, pahat, pita pengukur dan sebagainya. Pembelajaran alatan pertukangan ini merupakan salah satu pelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran kemahiran hidup.

Kerangka Konseptual Kajian


Kerangka konseptual kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Keadaan Pembelajaran oleh R. Gagne (1985). Teori ini menyatakan terdapat pelbagai jenis pembezaan atau tahap pembelajaran di mana pada setiap tahap mempunyai arahan yang berbeza. Gagne mengenalpasti 5 kategori pembelajaran iaitu maklumat verbal, kemahiran intelektual, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap. Perbezaan keadaan dalaman dan luaran diperlukan untuk setiap jenis pembelajaran. Kerangka konseptual kajian ini terdiri daripada 3 pembolehubah iaitu tingkahlaku, tahap kognitif dan pencapaian. Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara tingkahlaku dan pencapaian (Abu Bakar 1991, Haniza 2003, Neal et al. 1970, Siti Rahayah 1988). Di dalam kajian ini, kami ingin mengkaji hubungan di antara tingkahlaku dan pencapaian.


Gagne (1985) juga menyatakan tugasan pembelajaran untuk kemahiran intelektual boleh disusun dalam bentuk hierarki mengikut kompleksiti berikut:
  • Pengenalan rangsangan
  • Penjanaan tindakbalas
  • Mengikut prosedur
  • Penggunaan terminologi
  • Diskriminasi
  • Format konsep
  • Peraturan aplikasi
  • Penyelesaian masalah
Kepentingan utama hierarki ini adalah untuk mengenalpasti syarat-syarat yang sepatutnya dilengkapkan untuk memudahkan pengajaran pada setiap tahap. Gagne (1985) juga menggariskan 9 peristiwa pengajaran iaitu:
  1. Mendapatkan perhatian
  2. Mengenalpati objektif
  3. Imbas kembali pengajaran lepas
  4. Mencetuskan rangsangan
  5. Mengawal pembelajaran
  6. Mencungkil prestasi
  7. Memberi maklum balas
  8. Menilai prestasi
  9. Mengekalkan/Memindahkan
Melalui kajian ini, 9 peristiwa ini akan diaplikasikan seperti berikut:

Objektif Pengajaran:
  1. Pelajar boleh menamakan alatan pertukangan dengan mudah dan betul.
  2. Pelajar boleh menyebut semula alat pertukangan apabila ditunjukkan.
  3. Pelajar boleh menunjukkan semula cara penggunaan alatan dengan betul.
Kaedah:
  1. Mendapatkan perhatian - Menunjukkan kepelbagaian jenis alatan pertukangan.
  2. Mengenalpati objektif - Contoh soalan: "Apakah nama alatan yang ditunjukkan?"
  3. Imbas kembali pengajaran lepas - Melihat semula gambar-gambar peralatan pertukangan.
  4. Mencetuskan rangsangan - Dapat menyatakan kegunaan alatan pertukangan.
  5. Membantu dalam pembelajaran - Skafolding : Powerpoint dan tayangan video.
  6. Mencungkil prestasi- Guru menyoal pelajar tentang perbezaan penggunaan sesuatu alatan.
  7. Memberi maklum balas - Guru menilai jawapan pelajar (Betul/Salah).
  8. Menilai prestasi - Guru menyediakan skor markah dan membetulkan kesalahan pelajar.
  9. Meningkatkan/Mengekalkan pengajaran - Sekiranya objektif tercapai pembelajaran baru akan diajar. Jika objektif pengajaran tidak tercapai pengajaran dikekalkan (Proses pengulangan).
Rujukan:

Abu Bakar Nordin. 1991. Kesan pencapaian akademik kepada sikap terhadap pelajaran.
Jurnal Psikologi Malaysia. 7: 41-60.
Haniza Abdul Khalid. 2003. Sikap dan motivasi terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Neal, D.C., Gill, V dan Tismer, W. 1970. Relationship between attitude toward school
subject and school achievement. Journal of Educational Research. 6 (52):232-238.
Nur`Ashiqin Najmuddin. 2005. Sikap pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.
Siti Rahayah Arifffin. 1988. Kajian mengenai sikap terhadap sains dan pencapaian dalam
matapelajaran sains paduan bagi pelajar tingkatan tiga. Tesis M. Ed. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Kerangka Teoritikal Kajian

Kajian ini menganggap bahawa powerpoint dan video dalam P&P bagi mengenalpasti alatan pertukangan Kemahiran Hidup sebagai langkah yang praktikal untuk meningkatkan pengetahuan, kesediaan dan kemahiran yang akan secara beransur-ansur menjurus kepada pemahaman pelajar dalam penggunaan alatan, aspek keselamatan dan kebersihan pada masa akan datang. Huraian kepada kerangka teoritikal dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat pertengahan dan peringkat akhir.


Peringkat permulaan adalah prasyarat bagi kajian ini yang merujuk kepada asas mengenal alatan pertukangan dalam Kemahiran Hidup iaitu melalui persembahan slaid dan tayangan video. Setelah kedua-dua kaedah itu digunakan, guru meminta pelajar menamakan semula alatan pertukangan dengan mudah dan betul. Pada peringkat ini, penerapan Teori Konstruktivisme (J. Bruner, 1996) digunakan untuk membina dan membentuk skema dalam pemikiran pelajar melalui pengalaman dan pemerhatian. Setelah skema terbentuk, diharapkan pelajar boleh menyebut semula alatan pertukangan dan menunjuk semula cara penggunaan dengan betul.


Peringkat pertengahan menjelaskan prosedur yang digunakan dalam kajian ini. Prosedur merujuk kepada pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam perlaksanaan kajian. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini diaplikasikan daripada 9 peristiwa pengajaran yang telah dilaksanakan oleh R. Gagne (1985) iaitu mendapatkan perhatian, mengenalpasti objektif, imbas kembali pengajaran lepas, mencetuskan rangsangan, membantu dalam pembelajaran, mencungkil prestasi, memberi maklum balas, menilai prestasi dan meningkatkan atau mengekalkan pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang disyorkan ialah perbincangan, kerja berkumpulan, sumbangsaran, demonstrasi, projek, simulasi, lawatan dan pemerhatian.

Peringkat akhir merujuk kepada peringkat melaksanakan penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat membantu pelajar mengenalpasti alatan pertukangan. Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar ini dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap P&P, seterusnya dapat meningkatkan pemahaman pelajar. Pada peringkat inilah tahap penguasaan pengetahuan pelajar terhadap pengenalpastian alatan pertukangan akan dikenalpasti melalui penilaian prestasi oleh guru.






Friday, December 4, 2009

Tugasan 2: Ulasan Jurnal

Jurnal 1

Tajuk:
Graduate Teacher Education and Change : Insights from a First-Grade Teacher's Experience

Penulis :
Cathleen Doheny (2002)


Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengetahui masalah yang membawa perubahan dalam latihan mengajar menerusi pendidikan guru graduan. Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian terhadap bengkel penulisan yang dibuat oleh Lara Parker (guru yang dikaji) ke atas 26 orang pelajar serta temubual. Guru yang dikaji menggunakan lima kriteria dalam bengkel penulisan tersebut iaitu hak milik, sokongan, ketabahan, integrasi dan tindak balas pengajaran.
Daripada kajian yang dijalankan kriteria yang diutarakan oleh Lara berjaya dalam mengubah pengajaran.


Jurnal 2

Tajuk:
Action Research on Cognitive Rescaling Guest columnist: Stacy Mortensen

Penulis:
Dave Edyburn (2002)

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan dan melihat kesan pengskalaan semula teks digital yang terdapat dalam kajian dan proses menulis seorang murid yang dikenalpasti masalah pembelajarannya yang mana mempunyai kaitan dengan gangguan emosi, belajar di sekolah yang mempunyai persekitaran yang serba lengkap, di dalam sekolah di bandar.

Tempat kajian ini merupakan sebuah sekolah alternatif yang menyediakan pelajar sekolah tinggi dan pertengahan di dalam daerah bandar yang besar.

Kajian ini direkabentuk sebagai kajian tindakan yang dijalankan oleh guru. Hasil diukur berdasarkan penggunaan rumusan automatik yang terdapat dalam perisian Microsoft Word dan keupayaan untuk pengskalaan semula kognitif dan maklumat disusun dikaji menggunakan Internet untuk menghasilkan buku rujukan di dalam ekosistem yang khusus. Hasil kajian ini diterangkan dalam 2 bentuk untuk memahami kesan strategi pengskalaan kognitif terhadap pencapaian pelajar iaitu tingkahlaku pelajar dan sikap mereka terhadap pembelajaran.
Jurnal 3

Tajuk:
Minute Math: An Action Research Study of Student Self-Assessment*

Penulis:
Brookhart, S. M., Andolina, M. & Zuza, Megan (2004)

Kajian tindakan ini melibatkan 41 orang pelajar kelas gred 3 termasuk pendidikan khas yang dijalankan oleh dua penyelia universiti, tiga orang guru dan tiga orang guru pelatih. Kajian ini melibatkan pelajar dalam meramalkan dan menggrafkan skor ujian mereka dalam masa satu minggu ujian terhadap 0-9 fakta ulangan. Pelajar juga direflek setiap minggu terhadap progres mereka dan kejayaan pembelajaran dan strategi penyelesian masalah. Penaksiran diri pelajar berjaya pada pembelajaran tugasan mengingat jadual waktu dalam pengalaman untuk pelajar tentang pemantauan pembelajaran matematik mereka.

Hasil kajian ini menyediakan data untuk mencadangkan keputusan yang konsisten untuk seorang pelajar di mana alatan teknologi, rumusan automatik dibuktikan menjadi bernilai kepada pelajar yang menderita dengan ketidakupayaan.

Aktiviti 9 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

a) Matlamat kajian tindakan
Memberi pengetahuan asas kepada pelajar pendidikan khas dalam bidang pertukangan (Kemahiran Hidup).

b) Bentuk objektif kajian

  1. Pelajar boleh menamakan alatan pertukangan dengan mudah dan betul.
  2. Pelajar boleh menyebut semula alat pertukangan apabila ditunjukkan.
  3. Pelajar boleh menunjukkan semula cara penggunaan alatan dengan betul.

c) Persoalan Kajian

  1. Adakah perlaksanaan penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat membantu pelajar mengenalpasti alatan pertukangan?
  2. Adakah penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap P&P?
  3. Adakah penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat meningkatkan pemahaman pelajar?

Aktiviti 8 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Cadangan secara individu (5 minit)

  • Muhamad - Meningkatkan teknik dalam kaedah P&P sehingga ke suatu tahap yang berkualiti dan profesional.
  • Zulfaizal - Memastikan penggunaan teknik dan kaedah yang digunakan bukan hanya di sekolah bandar malah mestilah ditekankan di sekolah luar bandar (pedalaman).
  • Shuhada - Penerangan oleh guru mestilah seiring dengan demonstrasi yang dilakukan.
b) Cadangan dalam pasukan (15 minit )
  1. Mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran yang digunakan, di mana guru sentiasa membuat pembaharuan dalam P&P.
  2. Menerapkan nilai-nilai murni dalam subjek tersebut di samping menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan humor.
  3. Penerangan dalam P&P mestilah ringkas dan mencapai objektif.

c) Cadangan dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
  1. Penggunaan bahan maujud lebih diutamakan untuk memudahkan pelajar mengenalpasti perlatan yang dipelajari. Ini kerana pelajar akan lebih memahami apabila melihat sendiri peralatan tersebut.

d) Berdasar literatur review
  1. Powerpoint dan video mestilah dirancang secara berstruktur dan mengikut peraturan persembahan. Kunci kejayaan bagi sesuatu pengajaran berdasarkan struktur yang jelas dan secara umumnya tidak melebihi 5 isi pengajaran (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  2. Tahu matlamat P&P mengikut tahap yang diajar serta kandungan yang hendak dimuatkan mestilah bersesuaian mengikut tahap tersebut (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).

Aktiviti 7 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)

  • Muhamad - Pelajar mudah hilang fokus (yang tidak berminat) apabila guru memberi penerangan tanpa menunjukkan demonstrasi kepada mereka.
  • Zulfaizal - Guru sendiri tidak mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran.
  • Shuhada - Memerlukan kekreatifan guru yang tinggi dan pelbagai untuk menarik minat pelajar.
b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )
  1. Tidak semua pelajar dapat menumpukan perhatian 100% pada P&P yang dijalankan.
  2. Guru akan mencari jalan mudah untuk mendapatkan hasilan pengajaran subjek ini.
  3. Pelajar akan cepat bosan jika kaedah pengajarannya sama.

c) Berdasar literature review penggunaan Powerpoint dan tayangan video mempunyai beberapa kelemahan (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of Powerpoint in Teaching and Learning in the Life Sciences : A Personal Overview) seperti :
  1. Kegagalan peralatan : Kegagalan komponen dalam sistem untuk berfungsi seperti yang dijangkakan. Kegagalan mentol dalam projektor berfungsi amat jarang berlaku tetapi mungkin akan terjadi.
  2. Fail tidak dapat dipersembahkan disebabkan oleh kerosakkan magnetik atau fizikal.
  3. Kurangnya latihan yang bersesuaian dalam program dan teknologi.

Aktiviti 6 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"


Kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)
  • Muhamad - Dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berkesan kepada pelajar.
  • Zulfaizal - Pelbagai pendedahan yang menarik dapat ditunjukkan oleh guru kepada pelajar.
  • Shuhada - Subjek ini memerlukan demonstrasi daripada guru dan ini akan dapat menarik minat pelajar supaya menumpukan perhatian terhadap P&P. Oleh itu, pelajar tidak mudah bosan dengan P&P yang dijalankan.

b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )
  • Subjek yang mudah untuk diberi penerangan dan maklumat kepada pelajar.
  • Subjek yang dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar untuk mencipta/menghasilkan sesuatu barangan yang baru.
  • Subjek yang memerlukan pelajar mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kerja yang mereka lakukan.
c) Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
  • Guru dapat menerangkan sesuatu aktiviti dengan melakukan demonstrasi.
  • Mudah menarik minat pelajar.
  • Aktiviti yang dilakukan melalui subjek ini memberikan peluang kepada pelajar untuk melakukannya sendiri tanpa bantuan guru atau memerlukan bantuan guru.

d) Berdasar literatur review – buku dan jurnal (bincang dalam pasukan)

  • Penggunaan powerpoint di dalam pengajaran mempunyai potensi untuk menggalakkan pengajaran yang lebih profesional (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  • Penggunaan powerpoint yang bersesuaian boleh meningkatkan P&P kepada guru dan pelajar (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  • Penggunaan tayangan video memberikan peluang untuk pembelajaran yang aktif, di mana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu kerja serta pelajar menjadi lebih kreatif, kolaboratif dan dapat menghubungkaitkan konsep subjek yang dipelajari dengan pengetahuan lepas, pengalaman dan minat (Glegg, P., McDonald, A. & Unwin, A., 2007. Using digital video in business education).

Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5 : Tugasan 1 (Buku) & Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

1. Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan:

•untuk menambahkan pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan.
•untuk mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
•untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.
•untuk meningkatkan hasil produk yang bermutu dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di sekolah.
•untuk membuat sesuatu yang kreatif & kritis dalam proses P&P di dalam kelas.
•untuk memperbaiki teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar-pelajar.

2. Tajuk "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan" dipilih kerana:

•untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar dalam mengenali alatan pertukangan.
•untuk memberi kefahaman yang meluas tentang penggunaan alatan.
•untuk mendedahkan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan tugasan dalam bengkel.
•untuk menerangkan ciri-ciri kebersihan diri, alatan dan bengkel.
•sebagai panduan (teori) sebelum melakukan tugasan secara praktikal di dalam bengkel.

Aktiviti 4 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Cadangan mini kajian tindakan kumpulan kami ialah :

"Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

Aktiviti 3 : Tugasan 3 - Kolokium

Kajian 1:

Meningkatkan Penguasaan Dan Minat Pelajar Dalam Jawi
Melalui Kaedah ‘Congak Jawi'.

Pengkaji :
Khuzaimah bt Mohd Daud (P48682) dan Siti Khairiyah bt Sejo (P48715)

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah, mereka gagal untuk menjawikan perkataan rumi yang diberikan dalam ujian bulanan. Selain itu, merekajuga tidak boleh membaca buku teks Pendidikan Islam dengan baik apabila diminta oleh guru. Masalah yang paling ketara ialah mereka tidak menunjukkan minat terhadap perkataan jawi.

Hasil dapatan :
Daripada kajian ini, pengkaji mendapati teknik ini telah membantu dan menarik minat terhadap tulisan jawi. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan dan pembacaan perkataan jawi.

Oleh itu, kajian yang dijalankan bersesuaian dengan kajian tindakan di mana penggunaan Model Kurt Lewis yang melibatkan proses perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.


Kajian 2 :

Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar Dalam Bab Ibadah Subjek Pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun.

Pengkaji :
Nazirah binti Alias dan Nurul Hidayah binti Md Yatin

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah mereka sukar untuk mengingat fakta penting yang telah diajar di dalam sesuatu bahagian. Oleh yang demikian, pengkaji telah melakukan suatu pendekatan baru iaitu teknik pantun bagi meningkatkan kemahiran pelajar.

Hasil Dapatan :
Daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati, teknik ini dapat menarik minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. Di samping itu juga, ia dapat membantu pelajar untuk mengingat fakta-fakta penting yang telah diajar oleh guru.

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Kaedah Gelung Kajian yang mana melibatkan proses refleksi, perancangan, tindakan, dan pemerhatian. Di samping itu, teknik penggunaan pantun merupakan satu pembaharuan di dalam kaedah mengajar Pendidikan Islam kerana selama ini mata pelajaran tersebut diajar dalam keadaan formal dan membosankan. Tetapi terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini di mana pengkaji hanya mengambil pelajar yang mendapat markah tinggi dalam ujian yang diberikan untuk menjawab soal selidik yang dikemukakan oleh pengkaji.

Aktiviti 2 : Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1 :

Tajuk : Graduate Teacher Education and Change : Insightsnfrom a First-Grade Teacher's Experience
Penulis : Cathleen Doheny (2002)

•Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru pendidikan siswazah dalam latihan mengajar berdasarkan faktor-faktor seperti memahami perubahan yang berjaya dalam latihan mengajar untuk guru siswazah pertama yang memulakan bengkel pendekatan penulisan dalam kelasnya mengikut program siswazah yang bertajuk Writing Across the Curriculum.
•Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian terhadap bengkel penulisan yang dibuat oleh Lara Parker (guru yang dikaji) ke atas 26 orang pelajar serta temubual
•Pengkaji menggunakan lima kriteria dalam bengkel penulisan tersebut iaitu hak milik, sokongan, ketabahan, intergrasi dan tindak balas pengajaran.
•Daripada kajian yang dijalankan kriteria yang diutarakan oleh Lara berjaya dalam mengubah pengajaran.


Jurnal 2:

Tajuk : Action Research in the Secondary Science Classroom : Student Response to Differentiated, Alternative Assessment.
Penulis : Waters, F. H., Smeaton, P. S. & Burns, T. G. (2004)

•Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pembezaan, model penaksiran alternatif di dalam kelas sains menegah atas.
•Pembezaan, penaksiran alternatif didefinisikan melalui kajian ini sebagai penaksiran alternatif hibrid dan pembezaan arahan. Ianya menggabungkan penaksiran bukan tradisional seperti projek, pembentangan dan persembahan dengan unsur-unsur pilihan, pelbagai dan pembezaan arahan inidividu.
•Kaedah yang digunakan ialah kaedah kaji selidik yang mengandungi 24 soalan berdasarkan lima skala iaitu daripada sangat bersetuju kepada sangat tidak setuju.
•Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada pelajar lebih mengutamakan model penaksiran alternatif, pembezaan berbanding penaksiran tradisional. Pemilihan unsur-unsur, meningkatkan pembelajaran dan pengalaman lanjutan merupakan faktor-faktor yang bermakna dalam keutamaan pelajar.


Jurnal 3 :

Tajuk : Science Teacher's Attemps at Integrating Feminist Pedagogy through Collaborative Action Research.
Penulis : Capobianco, B.M. (2007)

•Kajian tindakan ini dilakukan bagi menentukan pengalaman percubaan 3 orang guru sains untuk mengubah latihan mereka melalui menjalankan kajian tindakan ke atas pengajaran sains yang feminis.
•Data yang diperolehi menerusi temubual, perbincangan antara kumpulan, pemerhatian bilik darjah dan melihat dokumen sokongan. Analisis data bersifat inkuiri naratif.

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 1: Tugasan 1 buku

Kajian Tindakan (Hasil daripada perbincangan kumpulan):

Satu siri kitaran kajian yang berterusan, di mana ianya dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana penambahbaikan atau meningkatkan sesuatu permasalahan atau isu yang timbul pada situasi tertentu di dalam semua bidang (Muhamad, Shuhada & Zulfaizal, 2009)

TUGASAN KELAS: Konsep dan Model Kajian Tindakan

Kajian tindakan

Carl Glickman (1992), telah menyatakan bahawa kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh satu kumpulan individu dalam persekitaran sekolah yang sama untuk meningkatkan pengajaran.

Mills (2003), telah menyatakan bahawa kajian tindakan adalah proses sistematik, reflektif dan kolaboratif yang memeriksa isu kelas dan sekolah untuk merancang, melaksanakan dan menilai perubahan. Guru berpandukan proses tersebut untuk menyiasat tindakan, polisi dan peristiwa yang mempengaruhi pengajaran mereka, supaya mereka dapat memberitahu keputusan pengajaran.

Hubbard dan Power (2003), telah menerangkan bahawa kajian tindakan membenarkan guru untuk mengambil peranan profesional, supaya mereka mendapat kebijaksanaan yang memberitahu latihan mereka hanya bergantung kepada nasihat daripada penyelia dan orang luar yang mungkin tidak biasa atau sensitif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Bukti telah menunjukkan guru yang menjalankan kajian tindakan mempunyai keberkesanan yang tinggi, seterusnya memberi keputusan yang diharapkan dapat mencari jalan penyelesaian terhadap isu di dalam kelas yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah (Stringer 1999; Holly, Arhar, and Kasten 2005).

Tujuan Kajian Tindakan

i.Untuk menyediakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa kerja yang telah dilakukan dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid di dalam kelas.

ii.Supaya dapat melatih guru untuk membuat sesuatu analisis dan mengenalpasti unsur-unsur untuk perubahan

iii.Supaya dapat membentuk guru yang lebih profesional.

iv.Supaya dapat menjadi guru yang lebih berilmu pengetahuan.

Rujukan: McNiff, J. Teaching as Learning: An Action Research Approach. 1993


Reka Bentuk Kajian Tindakan

Kemmis & McTaggart (1988)



4 langkah dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan :
i. Refleksi
ii. Merancang
iii. Bertindak
iv. Memerhati

Kurt Lewin

Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji. Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti:



i. Mengenal pasti idea
ii. Pencarian fakta
iii. Perancangan pelan tindakan
iv. Pelaksanaan tindakan
v. Penilaian tindakan yang diambil
vi. Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
vii. Mengambil langkah tindakan seterusnya

Wednesday, November 4, 2009

TUGASAN 3 (ii): Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Kolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Januari 2009

Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar Dalam Bab Ibadah Subjek Pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun.

Nazirah binti Alias dan Nurul Hidayah binti Md Yatin

Permasalahan kajian

Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah mereka sukar untuk mengingat fakta penting yang telah diajar di dalam sesuatu bahagian. Oleh yang demikian, pengkaji telah melakukan suatu pendekatan baru iaitu teknik pantun bagi meningkatkan kemahiran pelajar.

Metodologi

1.Setting kajian

Kajian ini telah dijalankan di SMK Cheras Jaya, Balakong, Selangor yang mana dilakukan di dalam tempoh masa selama sebulan.

2.Sampel kajian

Kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan Satu Sekolah menengah Kebangsaan Cheras Jaya.

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Kaedah Gelung Kajian yang mana melibatkan proses refleksi, perancangan, tindakan, dan pemerhatian. Di dalam proses refleksi, pengkaji telah memberi tumpuan terhadap fakta-fakta yang mengelirukan pelajar. Semasa perancangan, pengkaji telah mengumpulkan maklumat tentang cara-cara menghasilkan pantun yang baik dan dikongsi bersama pelajar. Semasa membuat tindakan, pengkaji telah membacakan bahan yang diperolehi, memberi penerangan dan pantun yang telah dikumpulkankepada pelajar. Seterusnya pengkaji telah membuat pemerhatian di dalam kelas melalui ujian yang telah dijalankan ke atas pelajar dan melalui maklum balas pelajar.

Pengumpulan dan penganalisaan data

Teknik pengumpulan data dilakukan secara pemerhatian, ujian, dan temubual. Semasa proses pemerhatian dilakukan, pengkaji mendapati pelajar menunjukkan minat apabila mereka dibekalkan sebuah buku kecil yang mengandungi pantun. Apabila pelajar diberikan ujian, pengkaji mendapati pelajar mampu untuk mengaplikasikan teknik pantun. Tetapi, semasa proses temubual, ia hanya dijalankan ke atas pelajar yang mendapat markah tinggi di dalam ujian yang dibuat. Kemudian hasil daripada semua data yang diperolehi telah dianalisis untuk mendapatkan keputusan kajian.
Hasil kajian, didapati pelajar memberikan respons yang baik terhadap teknik ini kerana telah membantu mereka untuk mengingat sesuatu fakta serta memberikan kseonokan di dalam pembelajaran.

Implikasi Kajian

Daripda kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati, teknik ini dapat menarik minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. di samping itu juga, ia dapat membantu pelajar untuk mengingat fakta-fakta penting yang telah diajar oleh guru.


Apa yang dapat dipelajari dari kajian ini ialah?

Melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat mengetahui bagaimana sesuatu kajian tindakan dijalankan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari teknik pengumpulan dan cara-cara analisis data ke atas sesuatu kajian yang dijalankan. Di samping itu, ia telah memberi kepelbagaian idea kepada saya untuk membantu saya mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

TUGASAN 3 (i): Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Kolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Januari 2009

Meningkatkan Penguasaan Dan Minat Pelajar Dalam Jawi
Melalui Kaedah ‘Congak Jawi.

Khuzaimah bt Mohd Daud (P48682) dan Siti Khairiyah bt Sejo (P48715)
Universiti Kebangsaan Malaysia

Permasalahan kajian
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah, mereka gagal untuk menjawikan perkataan rumi yang diberikan dalam ujian bulanan. Selain itu, merekajuga tidak boleh membaca buku teks Pendidikan Islam dengan baik apabila diminta oleh guru. Masalah yang paling ketara ialah mereka tidak menunjukkan minat terhadap perkataan jawi.

Metodologi

1.Setting kajian
Kajian ini telah dijalankan di SMK Tunku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan yang mana dilakukan di dalam tempoh masa selama 3 minggu.

2.Sampel kajian
Kajian ini telah dilakukan ke atas 57 orang pelajar SMK Tunku Ampuan Najihah
Kajian ini menggunakan Model Kurt Lewis yang mana melibatkan proses perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Dalam kajian ini, tiga kitaran digunakan untuk menilai tahap penguasaan pelajar yang mana dalam kitaran pertama, pengkaji memberikan penerangan terlebih dahulu tentang kaedah yang digunakan. Kemudian, pengkaji memberikan beberapa perkataan rumi untuk dijawikan. Dalam kitaran, jumlah perkatan rumi dikurangkan kerana ramai pelajar yang gagal menjawikan perkataan tersebut. Dalam kitaran ketiga, jumlah perkataan dikekalkan selain penambahbaikan dilakukan.

Pengumpulan dan penganalisaan data

Teknik pengumpulan data dilakukan secara pemerhatian, temubual, dan soal selidik ke atas 15 orang daripada 57 orang sampel pelajar. Kemudian hasil daripada data yang diperolehi telah dianalisis untuk mendapatkan keputusan kajian.
Hasil kajian, didapati pelajar memberikan respons yang baik dan mereka juga dapat meningkatkan tahap penguasaan tulisan jawi.

Implikasi Kajian

Daripada kajian ini, pengkaji mendapati teknik ini telah membantu dan menarik minat terhadap tulisan jawi. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan dan pembacaan perkataan jawi.

Apa yang dapat dipelajari dari kajian ini ialah?

Melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat mengetahui bagaimana sesuatu kajian tindakan dijalankan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari teknik pengumpulan dan cara-cara analisis data ke atas sesuatu kajian yang dijalankan.

Sunday, October 25, 2009

Tugasan Kelas: Mengapa guru perlu membuat kajian?

10 sebab:

1. Dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar.
2. Supaya guru menjadi lebih kreatif dalam membuat sesuatu tindakan.
3. Supaya guru dapat membuat perubahan dan membaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Dapat menambah pengetahuan tentang cara-cara pengurusan kelas.
5. Dapat mengenalpasti tingkahlaku pelajar.
6. Meningkatkan kualiti modal insan untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
7. Dapat membina kemahiran dalam membuat sesuatu penyelidikan.
8. Guru dapat mengenalpasti kaedah terbaik untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
9. Menambahbaik amalan yang telah sedia ada.
10.Mendebatkan sesuatu perkara dengan pengetahuan yang diperolehi melalui kajian.