Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar Dalam Bab Ibadah Subjek Pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun.
Nazirah binti Alias dan Nurul Hidayah binti Md Yatin
Permasalahan kajian
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah mereka sukar untuk mengingat fakta penting yang telah diajar di dalam sesuatu bahagian. Oleh yang demikian, pengkaji telah melakukan suatu pendekatan baru iaitu teknik pantun bagi meningkatkan kemahiran pelajar.
Metodologi
1.Setting kajian
Kajian ini telah dijalankan di SMK Cheras Jaya, Balakong, Selangor yang mana dilakukan di dalam tempoh masa selama sebulan.
2.Sampel kajian
Kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan Satu Sekolah menengah Kebangsaan Cheras Jaya.
Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Kaedah Gelung Kajian yang mana melibatkan proses refleksi, perancangan, tindakan, dan pemerhatian. Di dalam proses refleksi, pengkaji telah memberi tumpuan terhadap fakta-fakta yang mengelirukan pelajar. Semasa perancangan, pengkaji telah mengumpulkan maklumat tentang cara-cara menghasilkan pantun yang baik dan dikongsi bersama pelajar. Semasa membuat tindakan, pengkaji telah membacakan bahan yang diperolehi, memberi penerangan dan pantun yang telah dikumpulkankepada pelajar. Seterusnya pengkaji telah membuat pemerhatian di dalam kelas melalui ujian yang telah dijalankan ke atas pelajar dan melalui maklum balas pelajar.
Pengumpulan dan penganalisaan data
Teknik pengumpulan data dilakukan secara pemerhatian, ujian, dan temubual. Semasa proses pemerhatian dilakukan, pengkaji mendapati pelajar menunjukkan minat apabila mereka dibekalkan sebuah buku kecil yang mengandungi pantun. Apabila pelajar diberikan ujian, pengkaji mendapati pelajar mampu untuk mengaplikasikan teknik pantun. Tetapi, semasa proses temubual, ia hanya dijalankan ke atas pelajar yang mendapat markah tinggi di dalam ujian yang dibuat. Kemudian hasil daripada semua data yang diperolehi telah dianalisis untuk mendapatkan keputusan kajian.
Hasil kajian, didapati pelajar memberikan respons yang baik terhadap teknik ini kerana telah membantu mereka untuk mengingat sesuatu fakta serta memberikan kseonokan di dalam pembelajaran.
Implikasi Kajian
Daripda kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati, teknik ini dapat menarik minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. di samping itu juga, ia dapat membantu pelajar untuk mengingat fakta-fakta penting yang telah diajar oleh guru.
Apa yang dapat dipelajari dari kajian ini ialah?
Melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat mengetahui bagaimana sesuatu kajian tindakan dijalankan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari teknik pengumpulan dan cara-cara analisis data ke atas sesuatu kajian yang dijalankan. Di samping itu, ia telah memberi kepelbagaian idea kepada saya untuk membantu saya mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Wednesday, November 4, 2009
TUGASAN 3 (ii): Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Kolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Januari 2009
Posted by kinda at 2:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment