Kajian tindakan
Carl Glickman (1992), telah menyatakan bahawa kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh satu kumpulan individu dalam persekitaran sekolah yang sama untuk meningkatkan pengajaran.
Mills (2003), telah menyatakan bahawa kajian tindakan adalah proses sistematik, reflektif dan kolaboratif yang memeriksa isu kelas dan sekolah untuk merancang, melaksanakan dan menilai perubahan. Guru berpandukan proses tersebut untuk menyiasat tindakan, polisi dan peristiwa yang mempengaruhi pengajaran mereka, supaya mereka dapat memberitahu keputusan pengajaran.
Hubbard dan Power (2003), telah menerangkan bahawa kajian tindakan membenarkan guru untuk mengambil peranan profesional, supaya mereka mendapat kebijaksanaan yang memberitahu latihan mereka hanya bergantung kepada nasihat daripada penyelia dan orang luar yang mungkin tidak biasa atau sensitif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bukti telah menunjukkan guru yang menjalankan kajian tindakan mempunyai keberkesanan yang tinggi, seterusnya memberi keputusan yang diharapkan dapat mencari jalan penyelesaian terhadap isu di dalam kelas yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah (Stringer 1999; Holly, Arhar, and Kasten 2005).
Tujuan Kajian Tindakan
i.Untuk menyediakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa kerja yang telah dilakukan dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid di dalam kelas.
ii.Supaya dapat melatih guru untuk membuat sesuatu analisis dan mengenalpasti unsur-unsur untuk perubahan
iii.Supaya dapat membentuk guru yang lebih profesional.
iv.Supaya dapat menjadi guru yang lebih berilmu pengetahuan.
Rujukan: McNiff, J. Teaching as Learning: An Action Research Approach. 1993
Reka Bentuk Kajian Tindakan
Kemmis & McTaggart (1988)
4 langkah dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan :
i. Refleksi
ii. Merancang
iii. Bertindak
iv. Memerhati
Kurt Lewin
Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji. Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti:
i. Mengenal pasti idea
ii. Pencarian fakta
iii. Perancangan pelan tindakan
iv. Pelaksanaan tindakan
v. Penilaian tindakan yang diambil
vi. Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
vii. Mengambil langkah tindakan seterusnya
Saturday, November 7, 2009
TUGASAN KELAS: Konsep dan Model Kajian Tindakan
Posted by kinda at 1:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment